Saturday, October 10, 2009

Dinar Emas dalam mengawal kegawatan Ekonomi

Dunia pada masa kini mengalami krisis kewangan global yang sederhana dan dijangka teruk pada masa hadapan. Negara Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini. Krisis ekonomi global bermula dengan jatuhnya ekonomi negara Amerka Syarikat yang mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis yang menyebabkan banyak negara di dunia mengalami hal yang sama lantaran kegagalan sistem bank pusat.

Dinar emas merupakan asas dalam ekonomi Islam berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Ali-Imran ayat 75 yang bermaksud :
"dan di antara ahli kitab, ada orang Yang kalau Engkau amanahkan Dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadaMu, dan ada pula di antara mereka Yang kalau Engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau Engkau selalu menuntutnya".

Bekas Perdana Menteri ke 4 Tun Dr. Mahathir Mohamed mengutarakan cadangan agar menggunakan dinar emas dalam sistem ekonomi Malaysia. Penggunaan matawang Dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia. Kerajaan Malaysia disyorkan supaya mengambil langkah positif ini.

Dinar Emas yang terkenal dengan nilai intrinsik dan bersifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi telah disyorkan supaya dikembalikan peranannya pada masa kini. Justeru beberapa pihak telah digesa supaya mengambil langkah sewajarnya bagi tujuan tersebut sebagaimana peranan Bank Negara dalam meneliti penggunaan Dinar Emas sebagai penjelasan dagangan pelbagai hala di kalangan negara-negara peserta meliputi sistem penyelesaian kredit. Masyarakat pula perlu disediakan alternatif cara pembayaran sama ada dalam dinar atau ringgit sebagaimana pilihan konvensional dan perbankan Islam. Kaedah ini secara tidak langsung akan memberi kesempatan kepada masyarakat bagi menilai kelebihan dinar emas berbanding wang fiat. Selain itu Majlis Agama Negeri dalam mempromosikan penggunna Dinar Emas dalam urusan pembayaran Zakat dan Mas Kahwin.

"Semoga aplikasi dinar emas akan mendapat tempat
pelbagai lapisan masyarakat dunia dan seterusnya menjadi
perantaraan penting dalam urusan perniagaan global".



No comments:

Post a Comment