Wednesday, December 23, 2009

Bangsa Malaysia : Hapuskan Parkauman di Malaysia

Setuju x dgn statement ni??
Tiada lagi kaum Melayu, Cina, dan India
hanya ad satu bangsa
iaitu

BANGSA MALAYSIA

setuju??

Latihan Ilmiah~

Tajuk :

KEBERKESANAN DAKWAH FARDHIAH TERHADAP MASYARAKAT ASLI :
KAJIAN KES DI DAERAH KUALA LANGAT

* saya mohon kepada rakan-rakan agar sumbang saran buku-buku ilmiah yang boley saya dapati untuk rujukan.

Jazzakallah

Saturday, October 10, 2009

~Rasi0naL HuKuman Sebat~

Hukuman Sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Shukarno mendapat reaksi pro dan kontra dalam perlaksanaan hukuman terhadap beliau. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Kartika dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 6 kali atas kesalahan meminum minuman keras dikhalayak ramai.

Di saat Kartika akur terhadap hukuman sebatan terhadap beliau, terdapat segelintir yang seolah-olah, jaguh dalam hak asasi manusia, mengecam tindakan sebat terhadap beliau. Seperti NGO Sister in Islam yang mempersoalkan keabsahan hukuman kerana melanggar hak asasi manusia yang mana tiada hukuman sebat terhadap wanita di jalankan di Malaysia.

Tokoh-tokoh Islam di Malaysia bangkit dengan mempersoalkan tindakan kecaman daripada NGO tersebut dengan mempersoalkan di mana rasional persoalan tersebut. Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan agar hukuman bagi peminum arak wajar disebat dengan 40 sebatan kerana memenuhi hukuman yang termaktub di Al-Quran dan As-Sunnah.

Di dalam hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T majoriti adalah untuk menjaga kemaslahatan semua umat manusia di dunia. Sebagai contoh hukuman sebat terhadap peminum arak, sekiranya hukum sebat tidak dijalankan, nescaya peminum arak bertebaran seluruh negara. Arak merupakan ibu segala kejahatan.

Namum begitu, Apakah rasional hukuman sebat mengikut Syariah di jalankan?
berikut adalah data yang diambil daripada web www.zaharuddin.net untuk dikongsi bersama :

"Di Russia , sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan. Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas. Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini."

Fakta yang telah ditunjukkan dalam laman web tersebut jelas menunjukkan bahawa peminum arak telah mengakibatkan kerosakan pada diri, pasangan, harta dan sebagainya. Maka hukuman sebat wajar dilaksanakan mengikut acuan Islam. Di mana hukuman Islam dijalankan bertujuan untuk mendidik berbanding hukuman sivil untuk menghukum.

Bandingkan hukuman sebat Islam dan hukuman sebat sivil.



Sekadar memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin :

"Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah. Jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu."

~Ciri - Ciri Negara Islam~

Terdapat tiga ciri-ciri penting di dalam menegakkan Negara Islam.
1. Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya.
2. Umat yang mendokonginya
3. Pemerintahan Islam yang menaunginya.

1) Syariat Islam Yang Mesti Dipatuhi Kepadanya
Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaan. Perlembagaan dan segala urusan pemerintahan hendaklahdirujuk kepadanya, kerana menurut Islam. Semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan peringkat adalah hamba kepada Allah. Tidak harus bagi manusia berlagak menjadi Tuhan sama ada orang perseorangan atau kumpulan. Sebarang tindakan atau amalan mempersucikan manusia. Memberi kuasa mutlak kepada orang perseorangan atau kumpulan yang mengadakan hukum syariat menurut kemahuan adalah syirik dan mengaku mempunyai hak ketuhanan.

2) Umat Yang Mendokongnya
Negara Islam tidaklah muncul secara spontan. Kewujudannya adalah melalui proses naluri manusia. Ia wujud dengan adanya umat yang mendokong cita-cita Islam. Negara Islam tidak ditegakkan secara percuma adalah merupakan suatu hikmat yang besar. Ia di mulakan dengan pembentukan golongan yang beriman kepada Islam. Melalui ilmu dan perjuangan maka akan terhasil keimanan yang sebenar yang memberi mereka kefahaman erti keadilan Islam. Mereka seringkali di uji dan dikenakan tindakan kezaliman yang dilakukan ke atas mereka. Proses ini menyebabkan mereka mereka menjadi bertambah teguh pendirian dan semakin berani untuk menegakkan hukum Allah SWT dengan penuh pengabdian tanpa merasa takut dan gentar terhadap makhluk. Proses ini juga akan menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada bersikap zalim setelah mereka diberikan kuasa memerintah di atas muka bumi ini.
3) Pemerintahan Islam Yang Menaunginya
Menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib menurut nas al-Quran, hadith Nabi SAW dan Ijma' Ulama'. Ia merupakan sebahagian daripada perkara-oerkara penting di dalam Hukum Islam. Di dalamnya tertakluk perlaksanaan Islam yang menyeluruh sehingga ulama'-ulama' besar yang muktabar memberi perhatian kursus di dalam kitab-kitab mereka. Di antaranya ialah al-Mawardi, Imam al-Haramain, al-Juwini, al-Ghazali, at-Taftazani, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Tidak seharusnya insan yang mengaku Islam memandang ringan tentang perkara ini, bukan sahaja di kalangan ahli sunnah tetapi juga di kalangan syiah. Pemerintahan Islam hendaklah ditegakkan di atas asas yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu:
1. Tanggungjawab Pemerintah.
2. Penyatuan Umat
3. Menghormati pandangan rakyat

Pergaulan Bebas Mahasiswa dan Mahasiswi

Isu ini sememangnya taboo jika dibincangkan hubungan antara lelaki dan perempuan di IPT pada masa kini. Namun hal ini perlu dititik beratkan agar mahasiswa/i yang berkualiti dapat dilahirkan.Jika ibu bapa turut serta dalam proses pembelajaran anak-anak di kampus, melihat sendiri bagaimana pergaulan anak-anak mereka, pasti ibu bapa akan menyesal perkara berlakunya hal ini.

Melihat senario berpegang tangan lelaki dan perempuan, membonceng kenderaan teman lelaki, bergelak ketawa, pulang lewat ke kamsis selepas makan malam, menjadikan pergaulan bebas ini semnacam tiada penghujungnya. Agak terkesima melihat pasangan lelaki dan perempuan berpegang tangan, duduk rapat dan saling memadu kasih.

Peranan pelajar mahasiswa/i aliran agama amat diperlukan dalam kerja "amar ma'aruf dan nahi mungkar" tetapi malangnya terdapat segilintir mahasiswa aliran agama melakukan perkara yang sama. Pertubuhan Pelajar di IPT lebih serius menjalankan program bercorak hedonisme daripada program ilmiah.

Rasional Usrah Masa Kini

Begitu tertarik dengan isi khutbah di Masjid UKM pada minggu ini, di mana teguran mimbar Jumaat kali ini agak lantang dengan larangan perjalanan usrah dinafikan oleh sesetengah pihak, malang sekali yang menghalang itu terdiri daripada ahli agama sendiri. Adakah ini petanda akhir zaman?

Usrah.. Apa yang saya faham akan usrah ialah satu kumpulan kecil yang mempunyai sekitar 5 hingga ke 7 orang atau lebih yang mempunyai seorang Naqib sebagai ketua dan berperanan dalam kumpulan usrah tersebut. Antara isu yang akan dibincangkan oleh Naqib dalam usrahnya ialah perbahasan agama, akhlak setiap ahli dan sebagainya. Bagi penulis, Usrah adalah salah satu cabang ilmu - ilmu Islam. Di mana setiap minggu Naqib akan sentiasa memperbaharui content atau isi perbincangan usrah.

Namun yang saya pelik mengapa usrah sukar atau susah untuk dijalankan di IPT? Mengapa ada kekangan dari pihak pentadbiran ? Pelik bin Ajaib... Terdapat segilintir pihak atasan beranggapan bahawa dengan adanya usrah maka politik luar dari kampus akan berjaya masuk di dalam kampus. Namun penulis beranggapan bahawa ini adalah tidak adil kerana dengan silibus usrah tidak menampakkan budaya politik di dalamnya.

Uslub dakwah berbentuk usrah amat diperlukan kerana usrah mengutamakan kebajikan ahli dari segi spiritual dan mental. Bukan pengisian ilmu semata-mata. Saya akui bahawa tidak banyak usrah yang saya ikuti, namun untuk mengatakan tidak kepada usrah adalah mustahil bagi saya. Cadangan agar usrah dijadikan jam kredit dalam silibus pengajian di IPT bagi pelajar Islam amatlah disokong. Hal ini kerana, Ilmu Pengajian Islam bagi pelajar yang bukan di kalangan aliran agama Islam tiada di IPT.

Bagi saya, aplikasi ilmu Usrah di Kampus amat perlu dilaksanakan kerana berjaya mengatasi masalah sosial dikalangan mahasiswa mahasiswi. Ayuh lakukan perubahan sokong program berbentuk ilmiah bantah program berbentuk sia-sia.



Gabungan antara Parti Politik Islam vs Parti Politik Melayu

Adakah mustahil untuk rakyat malaysia melihat gabungan antara Parti Islam Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk kali kedua? Melihat kepada senario politik Malaysia masa kini, agak sukar untuk PAS amnya menerima UMNO untuk bergabung atas soal kepentingan ketuanan Melayu. Hal ini kerana PAS mempunyai sejarah hitamnya sendiri dalam soal kerjasama kepimpinan ketika era pemerintahan UMNO era 70 an di bawah kepimpinana Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Ke-2.

Pemimpin veteran PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mempunyai pandangan sendiri mengenai penggabungan parti ini. Tuan Guru melihat usaha ini bagaikan melepaskan anjing tersepit kerana melihat ketika usaha penggabungan UMNO - PAS era 70 an hanya untuk memperkuatkan UMNO. Selain itu, Tuan Guru mengatakan bahawa perjuangan UMNO tidak relevan dan tidak berlandaskan syariat Islam di mana UMNO tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan Undang-Undang Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Ideologi parti UMNO dan PAS menyaksikan perbezaan antara keduanya di mana PAS bercita-cita melaksanakan syariat Islam dalam pembinaan sbuah negara Islam. UMNO pula menyaksikan perjuangan dalam membela nasib Melayu. Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo begitu komited dalam menjayakan gabungan parti ini, beliau berkata gabungan ini adalah atas dasar parti yang dianggotai oleh orang melayu Islam.

Atas dasar apa perlunya pengabungan kedua parti ini? Sekiranya atas dasar akidah, wajar direalisasikan berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujarat ayat 10 yang bermaksud :

"Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

wajar dilaksanakan atas dasar satu akidah bukan atas faktor satu bangsa. Seterusnya bukan dasar asobiyah menurut firman Allah yang bermaksud :

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga)".

Jika ini dasar yang menjadi penggabungan antara kedua parti maka wajib atas keduanya melaksanakan, Namun sekiranya ada agenda tersembunyi maka hindar itu lebih baik daripada mendekatinya.

"Bilakah Umat Islam akan bersatu??"

Penghayatan Solat Dalam Membina Keluarga Bahagia

Dalam membina sebuah keluarga bahagia, solat adalah kunci utama kebahagiaan sesebuah keluarga. Solat merupakan tiang agama yang wajib kepada semua muslim mendirikannya. Solat dilaksanakan di mana jua atau bagaimana keadaan sekalipun, sama ada ketika sakit, bermusafir dan sebagainya. Dalam kehidupan berkeluarga, sekiranya solat tidak menjadi amalan dalam keluarga tersebut maka pelbagai masalah akan timbul sehingga keluarga tersebut menjadi kucar kacir dan berpecah belah.

Ketua keluarga atau suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam merealisasikan amalan solat dalam keluarganya. Sekiranya suami mengabaikan tanggungjawab ini, maka terabailah amalan solat dalam keluarga tersebut. Peranan isteri juga memainkan peranan penting dengan mengingatkan suami agar melaksanakan solat berjemaah. Oleh itu,sebelum membina keluarga bahagia, memilih pasangan mestilah mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam, Jangan memilih suami atau isteri bersandarkan harta, nama, pangkat dan sebagainya. maka pilih pasangan bersandarkan agama. Dengan agama sahaja keluarga bahagia akan dapat direalisasikan.

Penghayatan solat dikalangan anak-anak perlu dititik beratkan bermula seawal usia 6 tahun agar dewasa kelak menjadi rutin harian yang mudah dilaksanakan oleh anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak dalam melaksanakan solat. Sekiranya ibu bapa tidak melaksanakan solat, maka tidak mustahil amalan solat kepada anak-anak tidak dapat dipraktikkan. Maka dengan itu, ibu bapa janganlah memarahi anak-anak yang tidak solat sekiranya ibu bapa tidak melaksanakannya.

"SOLAT TIANG AGAMA"

Realiti Masa Kini : Aplikasi Had Aurat dalam kehidupan

Realiti yang perlu diketahui oleh umat Islam pada masa kini, yang dianggap remeh tetapi amat berkaitan dengan kehidupan kita. Apabila berbicara tentang AURAT, maka sering kali kita tujukan kepada wanita. Jarang sekali aurat lelaki diperkatakan. Umum mengenai had aurat lelaki ialah antara pusat hingga lutut, dan wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jika wanita tidak bertudung maka dilabelkan wanita tersebut sebagai tidak elok moralnya, akhlak dan sebagainya. tetapi sekiranya lelaki mendedahkan auratnya jarang sekali kita melabelkan lelaki terbabit sebagai tiada maruah, tidak bermoral dan sebagainya.

Namun begitu mengapa aurat wajib dipelihara oleh insan yang bergelar lelaki mahupun wanita? Menurut Dr. Rokiah Ahmad, Pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunna, UKM yang berkelulusan Doktor Falasafah bidang Fiqh Perbandingan dari Universiti al-Azhar, Mesir, aurat perlu dipelihara agar tuntutan Allah dapat dipenuhi selain melindungi keseluruhan anggota jasad yang dilarang untuk mendedahkan daripada tatapan umum.

Menurut Syara' tujuan aurat dipelihara daripada tatapan umum ada 3 keperluan iaitu:
1) Wajib ditutup aurat ketika solat untuk mengelak dari godaan syaitan dan tidak sah andai terbuka kerana tutupan waktu itu khusus untuk waktu solat.
2) Wajib tutup aurat ketika berada dikhalayak ramai agar kejahatan dan fitnah dapat dihindarkan.
3) Untuk menjaga maruah dan harga diri dan sekiranya aurat didedahkan maka dia merupakan orang yang tergolong dalam orang yang tidak malu berdasarkan hadis Rasulullah riwayat Bukhari :

فان لم تستجي فاصنع ما شئت
"Maka sekiranya kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu suka"

Sumber : Rokiah Ahmad, Dr. Mengapa aurat haram didedah? Satu Realiti Masa Kini


Pandangan Syara' yang pertama menarik untuk diulas "wajib ditutup aurat ketika solat untuk mengelak dari godaan syaitan". Sekiranya ketika solat wajib ditutup untuk mengelakkan godaan syaitan maka bagaimana pula jika terdedahnya aurat ketika mana di luar solat? maka bertambah-tambah godaan syaitan jika tidak menutup aurat. Maka berlaku kepincangan dalam kehidupan, melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu.

Aurat wanita sering kali diperbahaskan namun aplikasinya sahaja masih belum menyuluruh. Manakala kaum lelaki sering alpa dalam menjaga batasan aurat sesama lelaki. Hal ini dapat dilihat ketika mana berada di hostel, padang permainan dan sebagainya. Aplikasi batasan aurat tidak dilaksanakan dengan menyuluruh oleh kaum lelaki sesama lelaki. Pemakaian seluar pendek kurang dari paras lutut sebagainya masih lagi dilakukan dikhalayak umum. Perlu diingat adalah berdosa jika tidak menjaga aurat sesama lelaki mahupun wanita.

Memetik kata-kata Dr. Rokiah Ahmad dalam bukunya "Mengapa Aurat Haram Didedah : Satu Realiti Masa Kini" :

"HANYA ORANG-ORANG YANG MEMAHAMI BAIK BURUK PENDEDAHAN AURAT SAHAJA YANG PATUH KE ARAH BERPAKAIAN MENUTUP AURAT. MANAKALA YANG TIDAK MEMAHAMI SENTIASA BERDOLAK DALIK APABILA DISARAN UNTUK MEMAKAI. INILAH YANG AMAT DIKESALI KERANA ISLAM SUDAH DIJAJAH MELALUI HATI NURANI. DENGAN INI SAMA-SAMALAH MENYEDARINYA AGAR GENERASI AKAN DATANG TIDAK LAGI JAHIL DALAM MEMILIH PAKAIAN MEREKA SENDIRI"









Dinar Emas dalam mengawal kegawatan Ekonomi

Dunia pada masa kini mengalami krisis kewangan global yang sederhana dan dijangka teruk pada masa hadapan. Negara Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini. Krisis ekonomi global bermula dengan jatuhnya ekonomi negara Amerka Syarikat yang mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis yang menyebabkan banyak negara di dunia mengalami hal yang sama lantaran kegagalan sistem bank pusat.

Dinar emas merupakan asas dalam ekonomi Islam berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah Ali-Imran ayat 75 yang bermaksud :
"dan di antara ahli kitab, ada orang Yang kalau Engkau amanahkan Dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadaMu, dan ada pula di antara mereka Yang kalau Engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau Engkau selalu menuntutnya".

Bekas Perdana Menteri ke 4 Tun Dr. Mahathir Mohamed mengutarakan cadangan agar menggunakan dinar emas dalam sistem ekonomi Malaysia. Penggunaan matawang Dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia. Kerajaan Malaysia disyorkan supaya mengambil langkah positif ini.

Dinar Emas yang terkenal dengan nilai intrinsik dan bersifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi telah disyorkan supaya dikembalikan peranannya pada masa kini. Justeru beberapa pihak telah digesa supaya mengambil langkah sewajarnya bagi tujuan tersebut sebagaimana peranan Bank Negara dalam meneliti penggunaan Dinar Emas sebagai penjelasan dagangan pelbagai hala di kalangan negara-negara peserta meliputi sistem penyelesaian kredit. Masyarakat pula perlu disediakan alternatif cara pembayaran sama ada dalam dinar atau ringgit sebagaimana pilihan konvensional dan perbankan Islam. Kaedah ini secara tidak langsung akan memberi kesempatan kepada masyarakat bagi menilai kelebihan dinar emas berbanding wang fiat. Selain itu Majlis Agama Negeri dalam mempromosikan penggunna Dinar Emas dalam urusan pembayaran Zakat dan Mas Kahwin.

"Semoga aplikasi dinar emas akan mendapat tempat
pelbagai lapisan masyarakat dunia dan seterusnya menjadi
perantaraan penting dalam urusan perniagaan global".



Tuesday, July 28, 2009

Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak : TADIKA, TASKI, @ PASTI?

Rata-rata rakyat Malaysia telah menghantar anak mereka masuk institusi pendidikan seawal usia 5 atau 6 tahun. Terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) di bawah kelolaan NGO Islam iaitu ABIM. Kemudian wujud satu lagi institusi pendidikan yang agak 'veteran' Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI, di bawah kelolaan Parti Islam Malaysia, PAS.

Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan usaha mendidik anak-anak seawal usia 5 tahun kepada sebuah institusi awal kanak-kanak. Amat jarang sekali jika didengar anak-anak di Malaysia masuk ke alam sekolah rendah tanpa melalui proses pembelajaran awal di TABIKA, TASKI, mahupun PASTI. Ibu bapa dewasa kini kekurangan masa untuk mendidik sepenuhnya anak-anak mengikut acuan pembelajaran ibu bapa.

Tidak dinafikan peranan guru-guru pendidikan awal anak-anak memainkan peranan penting dalam mengajar anak-anak mengenal huruf dan sebagainya. Komentar perbandingan antara ketiga-tiga institusi pendidikan memberikan kesan positif dan negatif terhadap pendidikan anak-anak. Namun proses pembelajaran anak-anak bermula daripada rumah sendiri di mana peranan ibu bapa mendidik anak dalam mengenal huruf jawi dan rumi. Selain asuhan awal tentang asas pengetahuan Islam.

Belajar di TASKI @ PASTI lebih baik berbanding di TABIKA ...

Wednesday, July 22, 2009

Peranan Akidah dalam Rumah tangga

Statistik penceraian pasangan suami isteri mencatatkan bahawa negeri Selangor pada kadar 3722 kes pada tahun 2007 dan dijangka meningkat pada tahun ini berbanding 2 tahun lepas. Isu penceraian di Malaysia bukanlah suatu isu yang baru. Hal ini kerana kadar penceraian di Malaysia sentiasa akan meningkat dari tahun ke setahun, dan jika terdapat penurunan kes hanya beza sekitar 100 ke 200 kes sahaja setahun. Namun yang pasti kes penceraian tetap akan meningkat.

Namun begitu, mengapa hal sedemikian berlaku? Adakah kurang keberkesanan modul Kursus Pra Perkahwinan di Malaysia atau peranan akidah dalam rumahtangga tidak dipratikkan? Menyelusuri peranan akidah dalam rumahtangga jika diamalkan maka kes penceraian dalam rumahtangga Insya-Allah tidak akan berlaku. Akidah bukan hanya berperanan dalam kehidupan Islam bahkah turut berperanan dalam membina rumahtangga bahagia.

3 peranan akidah dalam rumahtangga :

1) Benteng hadapi masalah
2) Membina hubungan baik antara suami isteri
3) Asas Pengurusan Keluarga

Setiap kehidupan rumah tangga mestilah menjadikan asas akidah islam sebagai benteng menghadapi masalah sama ada masalah kecil atau besar. Dalam membina hubungan baik antara suami isteri, skop tanggungjawab perlu diketahui oleh pasangan. Asas pengurusan berkeluarga dengan isteri memberi semangat berusaha untuk mengekalkan institusi keluarga demi masa depan anak-anak.