Saturday, October 10, 2009

~Ciri - Ciri Negara Islam~

Terdapat tiga ciri-ciri penting di dalam menegakkan Negara Islam.
1. Syariat Islam yang mesti dipatuhi kepadanya.
2. Umat yang mendokonginya
3. Pemerintahan Islam yang menaunginya.

1) Syariat Islam Yang Mesti Dipatuhi Kepadanya
Syariat Allah wajib menjadi aqidah negara dan pegangan kerajaan. Perlembagaan dan segala urusan pemerintahan hendaklahdirujuk kepadanya, kerana menurut Islam. Semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan peringkat adalah hamba kepada Allah. Tidak harus bagi manusia berlagak menjadi Tuhan sama ada orang perseorangan atau kumpulan. Sebarang tindakan atau amalan mempersucikan manusia. Memberi kuasa mutlak kepada orang perseorangan atau kumpulan yang mengadakan hukum syariat menurut kemahuan adalah syirik dan mengaku mempunyai hak ketuhanan.

2) Umat Yang Mendokongnya
Negara Islam tidaklah muncul secara spontan. Kewujudannya adalah melalui proses naluri manusia. Ia wujud dengan adanya umat yang mendokong cita-cita Islam. Negara Islam tidak ditegakkan secara percuma adalah merupakan suatu hikmat yang besar. Ia di mulakan dengan pembentukan golongan yang beriman kepada Islam. Melalui ilmu dan perjuangan maka akan terhasil keimanan yang sebenar yang memberi mereka kefahaman erti keadilan Islam. Mereka seringkali di uji dan dikenakan tindakan kezaliman yang dilakukan ke atas mereka. Proses ini menyebabkan mereka mereka menjadi bertambah teguh pendirian dan semakin berani untuk menegakkan hukum Allah SWT dengan penuh pengabdian tanpa merasa takut dan gentar terhadap makhluk. Proses ini juga akan menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada bersikap zalim setelah mereka diberikan kuasa memerintah di atas muka bumi ini.
3) Pemerintahan Islam Yang Menaunginya
Menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib menurut nas al-Quran, hadith Nabi SAW dan Ijma' Ulama'. Ia merupakan sebahagian daripada perkara-oerkara penting di dalam Hukum Islam. Di dalamnya tertakluk perlaksanaan Islam yang menyeluruh sehingga ulama'-ulama' besar yang muktabar memberi perhatian kursus di dalam kitab-kitab mereka. Di antaranya ialah al-Mawardi, Imam al-Haramain, al-Juwini, al-Ghazali, at-Taftazani, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Tidak seharusnya insan yang mengaku Islam memandang ringan tentang perkara ini, bukan sahaja di kalangan ahli sunnah tetapi juga di kalangan syiah. Pemerintahan Islam hendaklah ditegakkan di atas asas yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu:
1. Tanggungjawab Pemerintah.
2. Penyatuan Umat
3. Menghormati pandangan rakyat

No comments:

Post a Comment