Tuesday, July 28, 2009

Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak : TADIKA, TASKI, @ PASTI?

Rata-rata rakyat Malaysia telah menghantar anak mereka masuk institusi pendidikan seawal usia 5 atau 6 tahun. Terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) di bawah kelolaan NGO Islam iaitu ABIM. Kemudian wujud satu lagi institusi pendidikan yang agak 'veteran' Pusat Asuhan Tunas Islam atau PASTI, di bawah kelolaan Parti Islam Malaysia, PAS.

Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan usaha mendidik anak-anak seawal usia 5 tahun kepada sebuah institusi awal kanak-kanak. Amat jarang sekali jika didengar anak-anak di Malaysia masuk ke alam sekolah rendah tanpa melalui proses pembelajaran awal di TABIKA, TASKI, mahupun PASTI. Ibu bapa dewasa kini kekurangan masa untuk mendidik sepenuhnya anak-anak mengikut acuan pembelajaran ibu bapa.

Tidak dinafikan peranan guru-guru pendidikan awal anak-anak memainkan peranan penting dalam mengajar anak-anak mengenal huruf dan sebagainya. Komentar perbandingan antara ketiga-tiga institusi pendidikan memberikan kesan positif dan negatif terhadap pendidikan anak-anak. Namun proses pembelajaran anak-anak bermula daripada rumah sendiri di mana peranan ibu bapa mendidik anak dalam mengenal huruf jawi dan rumi. Selain asuhan awal tentang asas pengetahuan Islam.

Belajar di TASKI @ PASTI lebih baik berbanding di TABIKA ...

Wednesday, July 22, 2009

Peranan Akidah dalam Rumah tangga

Statistik penceraian pasangan suami isteri mencatatkan bahawa negeri Selangor pada kadar 3722 kes pada tahun 2007 dan dijangka meningkat pada tahun ini berbanding 2 tahun lepas. Isu penceraian di Malaysia bukanlah suatu isu yang baru. Hal ini kerana kadar penceraian di Malaysia sentiasa akan meningkat dari tahun ke setahun, dan jika terdapat penurunan kes hanya beza sekitar 100 ke 200 kes sahaja setahun. Namun yang pasti kes penceraian tetap akan meningkat.

Namun begitu, mengapa hal sedemikian berlaku? Adakah kurang keberkesanan modul Kursus Pra Perkahwinan di Malaysia atau peranan akidah dalam rumahtangga tidak dipratikkan? Menyelusuri peranan akidah dalam rumahtangga jika diamalkan maka kes penceraian dalam rumahtangga Insya-Allah tidak akan berlaku. Akidah bukan hanya berperanan dalam kehidupan Islam bahkah turut berperanan dalam membina rumahtangga bahagia.

3 peranan akidah dalam rumahtangga :

1) Benteng hadapi masalah
2) Membina hubungan baik antara suami isteri
3) Asas Pengurusan Keluarga

Setiap kehidupan rumah tangga mestilah menjadikan asas akidah islam sebagai benteng menghadapi masalah sama ada masalah kecil atau besar. Dalam membina hubungan baik antara suami isteri, skop tanggungjawab perlu diketahui oleh pasangan. Asas pengurusan berkeluarga dengan isteri memberi semangat berusaha untuk mengekalkan institusi keluarga demi masa depan anak-anak.