Saturday, October 10, 2009

Realiti Masa Kini : Aplikasi Had Aurat dalam kehidupan

Realiti yang perlu diketahui oleh umat Islam pada masa kini, yang dianggap remeh tetapi amat berkaitan dengan kehidupan kita. Apabila berbicara tentang AURAT, maka sering kali kita tujukan kepada wanita. Jarang sekali aurat lelaki diperkatakan. Umum mengenai had aurat lelaki ialah antara pusat hingga lutut, dan wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jika wanita tidak bertudung maka dilabelkan wanita tersebut sebagai tidak elok moralnya, akhlak dan sebagainya. tetapi sekiranya lelaki mendedahkan auratnya jarang sekali kita melabelkan lelaki terbabit sebagai tiada maruah, tidak bermoral dan sebagainya.

Namun begitu mengapa aurat wajib dipelihara oleh insan yang bergelar lelaki mahupun wanita? Menurut Dr. Rokiah Ahmad, Pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunna, UKM yang berkelulusan Doktor Falasafah bidang Fiqh Perbandingan dari Universiti al-Azhar, Mesir, aurat perlu dipelihara agar tuntutan Allah dapat dipenuhi selain melindungi keseluruhan anggota jasad yang dilarang untuk mendedahkan daripada tatapan umum.

Menurut Syara' tujuan aurat dipelihara daripada tatapan umum ada 3 keperluan iaitu:
1) Wajib ditutup aurat ketika solat untuk mengelak dari godaan syaitan dan tidak sah andai terbuka kerana tutupan waktu itu khusus untuk waktu solat.
2) Wajib tutup aurat ketika berada dikhalayak ramai agar kejahatan dan fitnah dapat dihindarkan.
3) Untuk menjaga maruah dan harga diri dan sekiranya aurat didedahkan maka dia merupakan orang yang tergolong dalam orang yang tidak malu berdasarkan hadis Rasulullah riwayat Bukhari :

فان لم تستجي فاصنع ما شئت
"Maka sekiranya kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu suka"

Sumber : Rokiah Ahmad, Dr. Mengapa aurat haram didedah? Satu Realiti Masa Kini


Pandangan Syara' yang pertama menarik untuk diulas "wajib ditutup aurat ketika solat untuk mengelak dari godaan syaitan". Sekiranya ketika solat wajib ditutup untuk mengelakkan godaan syaitan maka bagaimana pula jika terdedahnya aurat ketika mana di luar solat? maka bertambah-tambah godaan syaitan jika tidak menutup aurat. Maka berlaku kepincangan dalam kehidupan, melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu.

Aurat wanita sering kali diperbahaskan namun aplikasinya sahaja masih belum menyuluruh. Manakala kaum lelaki sering alpa dalam menjaga batasan aurat sesama lelaki. Hal ini dapat dilihat ketika mana berada di hostel, padang permainan dan sebagainya. Aplikasi batasan aurat tidak dilaksanakan dengan menyuluruh oleh kaum lelaki sesama lelaki. Pemakaian seluar pendek kurang dari paras lutut sebagainya masih lagi dilakukan dikhalayak umum. Perlu diingat adalah berdosa jika tidak menjaga aurat sesama lelaki mahupun wanita.

Memetik kata-kata Dr. Rokiah Ahmad dalam bukunya "Mengapa Aurat Haram Didedah : Satu Realiti Masa Kini" :

"HANYA ORANG-ORANG YANG MEMAHAMI BAIK BURUK PENDEDAHAN AURAT SAHAJA YANG PATUH KE ARAH BERPAKAIAN MENUTUP AURAT. MANAKALA YANG TIDAK MEMAHAMI SENTIASA BERDOLAK DALIK APABILA DISARAN UNTUK MEMAKAI. INILAH YANG AMAT DIKESALI KERANA ISLAM SUDAH DIJAJAH MELALUI HATI NURANI. DENGAN INI SAMA-SAMALAH MENYEDARINYA AGAR GENERASI AKAN DATANG TIDAK LAGI JAHIL DALAM MEMILIH PAKAIAN MEREKA SENDIRI"









2 comments:

  1. salam,,,
    saya sokong kenyataan yg saudara bawakan dlm isu aurat ini..memang benar kalau wanita yang mendedahkan aurat dipandang sinis tetapi jikalau lelaki memakai seluar pendek (ats lutut) dipandang enteng saja.. Namum hukumnya sama HARAM...realiti masyarakat menjadikan hukum sebagai kecaman adat sahaja..justeru itu,peliharalah aurat kita krn aurat itu adalah sesuatu yang mengaibkan diri kita sendiri..renung-renungkan bersama hukum yang diturunkan Allah ada hikmah dalam pelaksaannya..

    ReplyDelete
  2. saya sokong kenyataan yang tentang aurat... ini mungkin sudah menjadi adat masa kini jika lelaki memakai seluar pendek dipandang ringan.. jika wanita mendedahkan aurat terus dilabelkan sebagai tidak bermoral.. walhal hakihatnya sme2 mendedahkan aurat........ kita seharusnya memahami sejauhmanakah aurat itu wajib ditutup dan dijaga dalam kehidupan seharian tidak kira sama ada lelaki atau perempuan kerana melalui pemakaian yang menutup aurat ia melambangkan kedamaian dalam kehidupan... jadi renung-renungkanlah hukum yang telah disyariatkan...

    ReplyDelete