Saturday, October 10, 2009

Gabungan antara Parti Politik Islam vs Parti Politik Melayu

Adakah mustahil untuk rakyat malaysia melihat gabungan antara Parti Islam Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk kali kedua? Melihat kepada senario politik Malaysia masa kini, agak sukar untuk PAS amnya menerima UMNO untuk bergabung atas soal kepentingan ketuanan Melayu. Hal ini kerana PAS mempunyai sejarah hitamnya sendiri dalam soal kerjasama kepimpinan ketika era pemerintahan UMNO era 70 an di bawah kepimpinana Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Ke-2.

Pemimpin veteran PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mempunyai pandangan sendiri mengenai penggabungan parti ini. Tuan Guru melihat usaha ini bagaikan melepaskan anjing tersepit kerana melihat ketika usaha penggabungan UMNO - PAS era 70 an hanya untuk memperkuatkan UMNO. Selain itu, Tuan Guru mengatakan bahawa perjuangan UMNO tidak relevan dan tidak berlandaskan syariat Islam di mana UMNO tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan Undang-Undang Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Ideologi parti UMNO dan PAS menyaksikan perbezaan antara keduanya di mana PAS bercita-cita melaksanakan syariat Islam dalam pembinaan sbuah negara Islam. UMNO pula menyaksikan perjuangan dalam membela nasib Melayu. Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo begitu komited dalam menjayakan gabungan parti ini, beliau berkata gabungan ini adalah atas dasar parti yang dianggotai oleh orang melayu Islam.

Atas dasar apa perlunya pengabungan kedua parti ini? Sekiranya atas dasar akidah, wajar direalisasikan berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujarat ayat 10 yang bermaksud :

"Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

wajar dilaksanakan atas dasar satu akidah bukan atas faktor satu bangsa. Seterusnya bukan dasar asobiyah menurut firman Allah yang bermaksud :

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga)".

Jika ini dasar yang menjadi penggabungan antara kedua parti maka wajib atas keduanya melaksanakan, Namun sekiranya ada agenda tersembunyi maka hindar itu lebih baik daripada mendekatinya.

"Bilakah Umat Islam akan bersatu??"

No comments:

Post a Comment